“Alhamdulillah” – Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial, Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Trending

“Alhamdulillah” – Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial, Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, kembali mengemas kini media sosialnya selepas beberapa hari menimbulkan kebimbangan ramai susulan penahanannya oleh tentera Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Zizi memuat naik foto ringkas bersama ucapan “Alhamdulillah”, tanda kesyukuran selepas dibebaskan.

Advertisement

Zizi kirana

Tinjauan lanjut mendapati Zizi turut berkongsi hantaran daripada akaun Cinta Salam Malaysia yang memaparkan video ketibaan peserta misi GSF di Istanbul, Turkiye, selepas melalui pengalaman getir dalam tahanan rejim Zionis.

Dalam kapsyen video tersebut, pihak Cinta Salam Malaysia meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan dan semangat luar biasa ditunjukkan oleh para sukarelawan.

Menitis air mata melihat semangat juang mereka. Walaupun baru sahaja dibebaskan dari penjara kejam Zionis, semangat mereka untuk memperjuangkan Palestin tidak pernah luntur, malah semakin membara.

Perkongsian berkenaan turut dibanjiri komen netizen yang menzahirkan rasa syukur dan doa agar semua sukarelawan Malaysia dalam misi GSF berada dalam keadaan sihat serta selamat pulang bertemu keluarga.

Untuk rekod, pada Khamis lalu, Zizi yang menaiki kapal Huga bersama beberapa sukarelawan GSF dari pelbagai negara dipintas dan ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Seramai 23 peserta misi GSF dari Malaysia turut ditahan dan dibawa ke penjara sebelum kesemua mereka akhirnya dibebaskan serta dibawa keluar dari Gaza ke Istanbul, Turkiye, semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ameera khan
2025-10-04 17:33:28

"Tanggungjawab Kerja Saya Tidak Sepatutnya Disalah Tafsir Sebagai Tak Peduli" - Ameera Khan Bersuara

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...