Pelakon dan pengacara popular, Ain Edruce berkongsi berita gembira dia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram akaunnya.
Pengacara itu meluahkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang dikurniakan selepas mengalami keguguran pada April yang lalu.
Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun haritu sedih sangat waktu raya sebab gugur.
Tak pernah aku sedih macam tu dalam hidup aku.
Tapi Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk kami sekeluarga.
View this post on Instagram
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai usia dan jantina bayi yang dikandung.
Namun dia memberitahu suaminya, Amirul Hadiz Mustaffa sangat gembira dengan kejutan di majlis gender reveal yang diadakan.
Doakan baby Ain sihat okay.
Yang penting Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa ya?
Pada April lalu, Ain berkongsi mengalami pendarahan yang teruk sehingga mengakibatkan dirinya keguguran.
Sekadar info tambahan, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Soraya.