“Alhamdulillah Untuk Musibah..” – PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun

Berita

“Alhamdulillah Untuk Musibah..” – PU Azman Diperintah Bela Diri Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun

Pendakwah selebriti, PU Azman diperintahkan untuk membela diri berhubung dua pertuduhan amang seksual yang didakwa terhadapnya hari ini.

Ditemui media, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias percaya setiap yang terjadi mempunyai hikmah dan menerima apa jua takdir yang tertulis dalam hidupnya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah atas musibah yang menimpa dan ada hikmah daripada Allah pasti ada, tak ada nak cakap apa dan saya terima apa yang terjadi sekarang ni.

Setiap orang ada impian untuk lakukan perubahan sesuatu yang terbaik dalam hidup tapi untuk masa depan tak boleh nak jangka cuma ikut saja apa yang terjadi dan harap yang terbaik.

Mahkamah memerintahkan Azman untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

PU Azman memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan akan tampil membuat pembelaan terhadap anak guamnya itu.

Mahkamah menetapkan 12 Januari 20124 sebagai tarikh sebutan kes.

PU Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pu abu hana
11 months ago

"Haritu Kata Nak Berpisah" - Netizen Syak Isteri Kedua PU Abu Hamil?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...