“Alhamdulillah, Suami Saya Kembali” – Ika Nabella Lega Suami Dapat Dihubungi

Hiburan

“Alhamdulillah, Suami Saya Kembali” – Ika Nabella Lega Suami Dapat Dihubungi

Pelakon, Ika Nabella mengakui berasa lega dan syukur selepas berjaya menghubungi suami yang keluar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Ika atau nama sebenar Ika Nabila binti Abdul Rahim berkata, suaminya memaklumkan keadaan di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat amat menyedihkan dan memerlukan lebih banyak bantuan daripada orang ramai.

Advertisement

Menurut Ika, 32, kebanyakkan rumah hanya tinggal tangga, ada yang dihanyutkan banjir dan lumpur yang sangat tebal.

Alhamdulillah suami saya kembali. Keadaan di Sungai Lui sangat menyedihkan. Bekalan elektrik terputus, tiada coverage dan tiada bekalan air bersih.

Tambah pelakon filem Takut Ke Tak itu, mangsa banjir kekurangan seluar, kain pelikat, kain batik dan sebagainya.

Mereka memerlukan tenaga untuk bantu membersihkan kawasan yang sangat teruk. Emosi mereka terganggu, ada yang meninggal.

Terdahulu, Ika memaklumkan suaminya, Muhammad Zaid Aznam merupakan antara yang terlibat dengan misi menyelamat mangsa banjir di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat.

Baca: Keluar Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir, Ika Nabella Risau Suami Tidak Dapat Dihubungi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...