“Alhamdulillah!”, Sekumpulan Abang Paskal Mengucap Syahadah Disaksikan 50 Anggota Di Semporna

Kehidupan

“Alhamdulillah!”, Sekumpulan Abang Paskal Mengucap Syahadah Disaksikan 50 Anggota Di Semporna

Pastinya sesuatu yang menggembirakan dan membuatkan sesiapa saja berasa sebak apabila dapat menyaksikan saudara baru memeluk Islam. Itulah yang berlaku di Surau Uthman Ibnu Affan, KD Sri Semporna apabila sekumpulan anggota tentera mengambil keputusan untuk memeluk islam.

Perkongsian di Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia ini berkongsikan detik-detik sepanjang majlis pengislaman ini apabila sekumpulan abang paskal mengucap syahadah.

Advertisement

Majlis ini telah dipimpin oleh staf agama KAGAT, SSjn Azizi bin Othman yang dimulai dengan kata-kata aluan seterusnya pengucapan lafaz dua kalimah syahadah oleh saudara baru. Seramai 50 termasuk pegawai, anggota dan warga KDSM yang beragama islam telah menghadiri majlis bersejarah ini.

paskal

abang paskal

Advertisement

Majlis ini turut dihadiri Pegawai Memerintah KD Sri Semporna, Kepten Ahmad Nazree Bin Abu Hassan TLDM. Majlis ini diadakan adalah bertujuan bagi meraikan saudara baru kita yang telah kembali kepada agama Islam khususnya, disamping mengeratkan lagi silaturahim antara warga KDSM.

komen facebook

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kesyukuran dan mendoakan yang terbaik untuk saudara baru yang saja memeluk agama Islam ini. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...