Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan dia keliru memikirkan sikap segelintir peminatnya setiap kali disapa dengan pelik terutamanya ketika berada di tempat umum.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata dia sering terkedu dan termenung dengan cara peminat menyapanya.
Ragam orang lain lain kan, saya asyik terkedu bila keluar.
Ada yang tepuk bahu daripada belakang nak bergambar.
Ada abang yang terus depan muka amik gambar muka saya je then cakap ‘ok dapat’ pastu jalan je.
Ada mak cik yang terus cium dahi, cium pipi lepas itu jalan tanpa berkata apa-apa.
Perkara ini telah dikongsi menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
View on Threads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan supaya penyanyi itu menggunakan khidmat pengawal peribadi demi menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Netizen juga menganggap mereka yang berbuat demikian sebagai tiada adab.