“Alhamdulillah, Dua Berita Baik!” – Hazwani Helmi Kongsi Perkembangan Misi GSF

Trending

“Alhamdulillah, Dua Berita Baik!” – Hazwani Helmi Kongsi Perkembangan Misi GSF

Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, berkongsi khabar gembira mengenai misi flotilla yang sedang dijalankan bersama kumpulan GSF (Global Solidarity Flotilla).

Menerusi ciapan di platform Threads, Hazwani memaklumkan mereka menerima dua berita baik yang sekaligus menaikkan semangat pasukan selepas melalui detik mencabar.

Advertisement

hazwani helmi

Tulisnya di Threads,

Alhamdulillah kami terima dua berita baik. First, kapal kami dah kembali pulih dan sedang berlayar mengejar kapal flotilla yang lain, inshaAllah. Walaupun semalam terdapat serangan drone ke atas kapal flotilla kumpulan GSF tapi semua sepakat masih meneruskan misi kemanusiaan ini.

Tambah Hazwani, mereka turut mendapat sokongan yang cukup bermakna apabila sebuah kapal tentera laut dari Itali tampil memberikan perlindungan.

Khabar baik kedua, kita dapat sokongan kapal navy dari Itali. Say Alhamdulillah everybody!

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang sama-sama meluahkan rasa syukur serta mendoakan keselamatan mereka sepanjang melaksanakan misi kemanusiaan tersebut.

Dalam perkhabaran lain, Sepanyol turut mengumumkan bakal membantu menghantar kapal laut untuk melindungi kumpulan GSF berkenaan.

nadzmi adhwa
2025-09-24 15:04:24

Dipersoal Tak Ikut Ardell Ke GSF, Nadzmi Adhwa 'Naik Angin' - "Ada Hantar Nama Tapi Tak Terpilih"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...