“Alhamdulillah” – Dipuji Tak Pernah Ada Gosip Buruk, Fahrin Ahmad Beri Respon

Hiburan

“Alhamdulillah” – Dipuji Tak Pernah Ada Gosip Buruk, Fahrin Ahmad Beri Respon

Pelakon dan pengacara terkenal, Fahrin Ahmad mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam salah satu video promosi jenama kasut terkenal, Christy Ng.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial itu, Fahrin kelihatan santai dan mesra, membuatkan ramai peminat memuji keperibadiannya yang sentiasa tenang dan profesional.

Advertisement

Antara komen yang menjadi tumpuan ialah daripada seorang pengguna yang menulis: “Suka dia, tak pernah dengar rumors tak elok pasal dia.”

Komen tersebut mendapat ribuan tanda suka dan turut dibalas sendiri oleh Fahrin dengan ringkas, namun penuh makna selain sempat berseloroh,

Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat mengasuh adik-adik istimewa ini.

Reaksi itu mendapat pujian ramai kerana Fahrin dilihat sebagai figura awam yang bersih dari kontroversi dan sentiasa menjaga imejnya sejak awal pembabitan dalam industri hiburan. Ramai menganggap kehadiran Fahrin dalam video tersebut sebagai pilihan tepat dan menyuntik nilai positif kepada kempen jenama tempatan itu.

christy ng tiru brik
2025-07-10 15:22:28

Netizen Berbalah, Koleksi Beg Terbaru Christy Ng Dituduh Tiru Brik? - "Tapi Design Ni Berlambak Dekat 'Beg Oren'.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...