“Alhamdulillah Dah Dua Hari Berturut-Turut Dia Datang Rasa Masakan Datin Patimah” – Datuk Yusof Haslam

Hiburan

“Alhamdulillah Dah Dua Hari Berturut-Turut Dia Datang Rasa Masakan Datin Patimah” – Datuk Yusof Haslam

Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia dan isteri tidak pernah mencampuri urusan perpisahan di antara anak sulungnya Syamsul Yusof bersama Ira Kazar.

Kata Yusof Haslam lagi, dia menghormati pilihan yang dibuat Syamsul dan tidak pernah berharap anaknya itu berpisah dengan Ira.

Advertisement

Tentang hal rumah tangga dia, saya tak campur. Sebab dia berkahwin tanpa pengetahuan kami dan perpisahan pun tidak kami ketahui.

Kami tak pernah rancang, dan saya tak pernah menyuruh anak saya untuk bercerai. Saya pun tak pernah nak menyuruh anak saya untuk bercerai. Saya pun tak gembira, tapi tu pilihan dia.

Mengulas mengenai pertemuan mereka dengan Syamsul Yusof baru-baru ini, pengarah itu menzahirkan rasa syukur terhadap keterbukaan hati anaknya itu untuk pulang setelah sekian lama.

Syamsul yusof keluarga

Alhamdulilah, Syamsul balik malam tu dan dia peluk mak dia, peluk saya, masing-masing bertentang mata. Saya nak kedamaian dalam kehidupan. Dan Alhamdulillah dah dua hari berturut-turut dia datang untuk rasa masakan mak dia.

Pada saya ia satu perkembangan yang baik. Saya nak hubungan saya dengan Syamsul baik, begitu juga hubungan saya dengan bekas menantu saya, Sarah.

Sekadar info, Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September lalu setelah hakim syariah mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik ketika keduanya masih bergelar suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Datin Patimah doakan puteri sarah bahagia
3 months ago

"Mama Pun Mahu Awak Gembira" - Datin Patimah Beri Pesanan Buat Bekas Isteri Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...