Baru-baru ini, anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah menghelakan nafas lega kerana pernikahannya bersama suami akhirnya disahkan oleh Kerajaan Malaysia.
Selepas 7 tahun, akhirnya..
Melalui perkongsiaan di Instagram Nurulhidayah, dia meluahkan rasa syukur kerana proses penyiasatan dan pendakwaan berkaitan pernikahannya selesai selepas 7 tahun.
Alhamdulillah selepas 7 tahun. Officially married. Segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sesebuah perjalanan hidup.
View this post on Instagram
Baru dapat sijil nikah
Menjawab pertanyaan ramai, Nurulhidayah menyatakan dirinya dan suami baru saja menerima surat nikah dari Kerajaan Malaysia.
Sekadar info, Nurulhidayah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff di dalam sebuah majlis tertutup yang dilakukan di Masjid al-Haram, Mekah pada Jun 2017.
Difahamkan pasangan tersebut memilih untuk disatukan di sana kerana ia merupakan satu tempat yang istimewa sebagai tanda detik penting untuk mereka berdua.