Sering menerima mesej-mesej aneh dan pelik, pengusaha kosmetik dan jurusolek, Alha Alfa yang baru mendapat gelaran duda setelah bercerai hanya selepas 6 bulan bernikah mengakui ‘seram’ untuk membuka pesanan mesej terutamanya di laman Instagram.
Alha berkata, meskipun dibanjiri dengan mesej peminat yang ingin menjadikannya sebagai suami, dia sama sekali tidak melayan pesanan sedemikian kerana tidak tahu apa niat sebenar individu yang cuba untuk mendekatinya.
Advertisement
Lebih menyeramkan, dia juga sering menerima mesej pelik seperti jampi dan ayat-ayat seperti mantera bomoh.
“Saya selalu dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik. Menakutkan, jampi jampi ayat macam mantera la apa la. Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang-orang kita, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan. Astagfirullahaladzim, bawa-bawa mengucap,”
Dia telah memuat naik tangkap layar perbualan daripada individu yang tidak dikenali itu yang meminta Alha supaya tidak meninggalkan dan bertanyakan apakah salah dirinya. Individu tersebut juga turut meluahkan rasa sayang dan suka kepada Alha Alfa.
Mengimbas kembali, jurusolek dan juga pengeluar barangan kosmetik berjenama Alha Alfa itu telah mendedahkan dirinya sudah sebulan bergelar duda pada April lalu hanya setelah 6 bulan mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri, Azlin.
Malah, sejurus selepas bercerai, Alha turut dilamar oleh ibu-bapa wanita yang mahu menjadikan dirinya sebagai menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja dan hantaran yang tinggi.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.