Aleeya Zailan Belanja Puluhan Ribu Setiap Bulan Untuk Gaji Pekerja Rumah – “Ada Kerja Kosong Tak?”

Trending

Aleeya Zailan Belanja Puluhan Ribu Setiap Bulan Untuk Gaji Pekerja Rumah – “Ada Kerja Kosong Tak?”

Usahawan Aleeya Zailan mendedahkan bahawa beliau perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar setiap bulan untuk membayar gaji para pekerjanya.

Melalui sebuah klip video yang dimuat naik di TikTok, Aleeya berkongsi bahawa sebagai majikan, dia perlu mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar gaji pekerja yang bertugas di rumahnya, termasuk pembantu rumah, pengawal keselamatan, pemandu, dan tukang kebun.

Advertisement

Dia juga menjelaskan bahawa jumlah itu tidak termasuk staf di pejabat. Menurut Aleeya, jumlah bayaran untuk gaji tersebut bukanlah RM30,000 atau RM40,000, malah jauh lebih tinggi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Aleeya sebagai majikan yang bertanggungjawab dan banyak berkongsi rezeki dengan pekerjanya. Ada juga yang berseloroh ingin bekerja dengan Aleeya kerana gaji yang tinggi dan berharap diberi peluang untuk menyara keluarga.

2015-02-04 10:00:45

Luluh Hati Saya Baca Baca Status Aleeya - Awie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...