August 27th, 2014

Cutenya!!! Itu perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila melihat gambar Aleesya dan Rayqal berpeluk sesama sendiri. Anak kepada Erra Fazira dan Nora Danish ini dah la memang comel, perbuatan mereka pun makin menyerlahkan kecomelan. Budak-budak memang suka menunjukkan kasih sayang sesama mereka. Anak Abang Nara pun tiba-tiba tak tentu pasal pergi cium adiknya.

peluk anak nora danish

Manusia yang normal pastinya turut merasa gembira dan suka melihat aksi kasih sayang antara Aleesya dan Rayqal ini. Ala, bebudak belum baligh pun lagi. Tak ada nafsu apa pun. Itu yang Abang Nara pelik bila ada sesetengah komen yang tunjuk alim. Kononnya perbuatan ini berdosa, lentur buluh biar dari rebung dan macam-macam lagilah. Kalau baca komen nampak macam Aleesya dan Rayqal dah buat dosa besar. Takut Abang Nara.

peluk anak nora danish

Abang Nara tak tahu diorang nie belajar ilmu agama daripada siapa. Mungkin ilmu yang dipelajari sudah terlalu tinggi sehingga tidak tercapai akal Abang Nara. Nasib baik masih ada beberapa peminat yang masih boleh berfikir secara matang. Agaknya yang komen-komen negatif nie masa kecik memang tak pernah main masak-masak, kahwin-kahwin dan juga permainan yang sewaktu dengannya kot. Hmmmm

peluk anak nora danish

Kalau nak tunjuk ‘alim’ pun, janganlah sampai perkara yang betul kita tak betulkan. Janganlah bajet suci sangat di Internet sedangkan di dunia sebenar banyak dosa yang kita lakukan. Tak bolehkan kita gembira melihat kegembiraan orang lain? Tak penat ke asyik nak fikir negatif je? Sekali sekala jadi positif apa salahnya kan? Tak gitu? Info asal OhBulan.


Comments are closed.

Loading...