“Aleesya Menangis, Tanya Kenapa Tak Balik Rumah” – Erra Fazira Kongsi Saat Hilang Hak Penjagaan Anak, Ada Alasan Tersendiri

Hiburan

“Aleesya Menangis, Tanya Kenapa Tak Balik Rumah” – Erra Fazira Kongsi Saat Hilang Hak Penjagaan Anak, Ada Alasan Tersendiri

Tular kembali mengenai satu video mengenai primadona negara, Erra Fazira yang berkongsi perasaan sedih apabila dia kehilangan hak penjagaan anak ketika bercerai dengan bekas suami, Engku Emran pada tahun 2014 lalu.

Dalam hantaran tersebut, Erra dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan pengalaman pahit berhadapan dengan situasi itu.

Advertisement

Ujar Erra, dia menganggap segala yang terjadi adalah ujian daripada Allah S.W.T dan mempunyai alasan tersendiri mengapa anak perempuannya itu tidak dapat tinggal bersamanya.

Bukan mudah untuk melepaskan hak penjagaan anak. Seperti yang semua sedia maklum, custody kebanyakannya milik ibu. Tapi saya ada sebab dan alasan saya, pengalaman saya.

Tak guna kalau dua-dua berkeras, degil kerana akan ada seorang yang menjadi mangsa. Maka saya memilih meskipun saya perlu berkorban, saya akan berkorban untuk anak saya.

Tambahnya lagi, jika semua kesalahan itu harus disandarkan kepadanya, dia sedia terima dan reda dengan ketentuan.

Kongsi pelakon filem Maria Mariana ini lagi, dia berada dalam keadaan sangat teruk sehingga tidak mampu keluar rumah selama tempoh seminggu.

Malah, Engku Aleesya juga ada meluahkan rasa pelik mengapa dia perlu berpisah dengan ibunya.

Ketika itu usia Aleesya tiga tahun, dia tanya saya kenapa dah tak balik rumah, kenapa dia kena berada di rumah sana lebih lama.

Kadang kala nak berpisah tu dia menangis sebab tak cukup masa bersama saya, dan saya pun tidak cukup masa bersama anak, tapi saya menjelaskan perkara itu dengan cara dewasa.

Sekadar info, Engku Aleesya adalah anak hasil perkongsian hidup Erra bersama Engku Emran.

Erra dan Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada Februari 2014.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar sulaiman
9 months ago

"Dia Taknak Pecah" - Azhar Sulaiman Buat 'House Tour', Laluan Utama Rumah Bekas Tempat Sembahyang Orang Asli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...