Album Solo Sissy Iman Habis Terjual Dalam Masa Kurang 2 Jam, Siap Ada Yang ‘Offer’ Bayar Lebih

Hiburan

Album Solo Sissy Iman Habis Terjual Dalam Masa Kurang 2 Jam, Siap Ada Yang ‘Offer’ Bayar Lebih

Bapa kepada penyanyi, Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa mendedahkan bahawa album sulung anaknya yang dirakamkan di Studio Abbey Road, London pada tahun lalu itu sudah habis terjual dalam tempoh masa kurang dua jam.

Mohammad Kamil berkata, walaupun anaknya telah membuat pengumuman di laman Instagram untuk menjual album itu dengan harga RM20, namun kebanyakan pembeli sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.

Advertisement

Malah, dia turut tidak menyangka album pertama Sissy yang hanya dicetak sebanyak 1,000 unit sahaja itu mendapat sambutan baik daripada pembeli.

Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah ‘collector’.

Walaupun tidak meraih keuntungan setimpal dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan album tersebut, Kamil tetap bersyukur dan melihat positif pada rezeki yang ditetapkan Allah.

Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini.

Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.

Menurutnya lagi, sebagai bapa dia akan sentiasa terus menyokong apa saja yang ingin lakukan oleh anak-anak.

Malah, Kamil memaklumkan Sissy mengambil masa 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album tersebut dengan menggunakan wang hasil titik peluh yang dikumpul sendiri daripada menceburi pelbagai bidang seni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mk k-clique
2 years ago

(VIDEO) "Bukan Dah Ikut Tabligh Ke?" - MK K-Clique Seronok Berhibur Di Kelab Malam, Siap Ada Botol Arak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...