Beberapa hari lalu viral di laman sosial Facebook memaparkan kejadian set masakan yang sedang diadakan demontrasi dalam rancangan iklan terkenal Go Shop telah meletup secara tiba-tiba.
Ekoran video berkenaan, pihak Go Shop dikritik teruk oleh netizen kononnya pihak mereka menjual barangan tidak berkualiti kepada orang ramai.
Go Shop dalam satu kenyataan di laman Facebooknya sejurus selepas itu, telah tampil membuat permohonan maaf dengan insiden yang berlaku.
Mereka menyatakan kejadian berlaku kerana kesilapan pemasangan produk berkenaan adalah punca ia meletup dan kejadian itu sama sekali tidak melibatkan kualiti alat memasak berkenaan.
Berikut adalah jawapan daripada pihak Go Shop.
Sumber: Shop At Go Shop