Alasan Pasangan Nak Bercerai, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Dedah 22 Alasan Remeh

Trending

Alasan Pasangan Nak Bercerai, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Dedah 22 Alasan Remeh

ZZ

Terlalu banyak kes penceraian yang berlaku seharian di negara kita di mana ia bermula dengan pelbagai-bagai sebab dan kes.

Gara-gara kes penceraian yang semakin meningkat ini, sehinggakan negara Malaysia dikatakan negara janda dan duda (berdasarkan laporan Akhbar Kosmo! 12 Januari 2016) dimana 156 pasangan Islam bercerai setiap hari dan lebih 274,000 pasangan bercerai dalam tempoh 6 tahun.

Advertisement

Juga memetik laporan Kosmo! Online di mana Jabatan Kehakiman Syariah  Selangor telah mendedahkan punca remeh temeh dan ada yang nyata tidak masuk akal menyebabkan berlakunya kes penceraian.

Berikut adalah kes remeh yang disenaraikan,

  1. Punggung isteri menggerutu.
  2. Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  3. Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  5. Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  6. Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  7. Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  8. Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  9. Berbeza fahaman politik.
  10. Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  11. Gaji suami lebih rendah.
  12. Isteri lambat menyediakan makanan.
  13. Pasangan bangun tidur lewat.
  14. Suami bekerja tidak tentu masa.
  15. Anak demam dan tidak sihat.
  16. Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  17. Pasangan terlalu cerewet.
  18. Pasangan tidur berdengkur.
  19. Pasangan gemar membeli-belah.
  20. Suami tangkai jering (kedekut).
  21. Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  22. Berebut rancangan televisyen.
Kenapa kejadian seumpama ini sering terjadi di kalangan kita orang bergama Islam di Malaysia?
Cerai atau talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga, tetapi perlu kita perlu tahu bahawa cerai atau talak ini amat dibenci oleh Allah tetapi dibenarkan(Rujuk SINI).
Kalaulah diikutkan apa yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah  Selangor, ini menunjukkan ada antara kita sebenarnya tidak peka dan ada yang menjadikan kes cerai ini seolah-olah seperti permainan sedangkan Allah benci dengan penceraiaan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...