Alasan Jaga Ibu Nazak Covid-19, Anak Tuntut RM6,000 Tanpa Rasa Bersalah

COVID-19

Alasan Jaga Ibu Nazak Covid-19, Anak Tuntut RM6,000 Tanpa Rasa Bersalah

Disaat orang lain akan menangis hiba, individu yang bergelar anak ini sanggup menuntut wang berjumlah RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya setelah wanita itu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. 

Kisah duka dan menyayat hati itu telah dikongsi oleh pengguna Twitter iaitu HypePeep sehingga mendapat perhatian netizen dan maklum balas yang mencecah lebih 5,000.

Kejadian ini dikhabarkan berlaku di sebuah wad apabila seorang wanita berusia 96 tahun dilaporkan tenat kerana melawan Covid-19.

Advertisement

“Disebabkan umur yang sudah tua, kita aturkan untuk anak dia yang juga positif Covid-19 menjaga emaknya di wad hingga akhir hayat wanita itu”

Pun begitu katanya, setelah dua hari memakai alat bantuan pernafasan, akhirnya beliau dijemput Ilahi.

“Aku juga sedih untuk isyhtiharkan kematian depan anak dia”

Tangkap Layar : Kosmo

Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila reaksi si anak atas kematian ibunya seolah perkara yang sangat biasa dan tidak seperti yang diharapkan.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendengar perbualan si anak yang mahu menuntut wang berjumlah RM6,000 kerana menjaga emaknya ketika tenat. Allahuakhbar, dimanakah hati nurani?

“Wei, mak dah mati ini, sebab aku yang jaga mak kat wad Covid-19, duit RM6,000 kena bagi dekat aku, aku sempat ambil nombor pin mak”

Ketika menjelaskan sama ada cerita yang ditulis benar atau tidak selain dibuat oleh golongan anti vaksin, wanita itu menafikannya.

“Aku dah lengkapkan dua dos vaksin. Ingat dengan sibuk kerja “donning, doffing dan electrolyte correction” dalam tu (wad), sempat ke nak buat cerita”

Semoga kisah ini dapat memberi iktibar buat kita semua ya, wang ringgit boleh dicari, ibu itu tiada ganti. Jangan kerana kejarkan dunia, akhirat menanti penuh seksa.

Selamat bermuhasabah.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...