Tanggal 13 Ogos 2015, Abang Nara dan wife telah pun menerima kehadiran anak ketiga dalam kehidupan kami. Baby girl ini kami namakan Alara.
Kata orang, anak itu pembawa rezeki. Alhamdulillah rezeki Alara sangat-sangat murah. Baru-baru ini Alara telah menerima hadiah daripada Poh Kong. Lagi best bukan Alara sorang je yang dapat. Arissa pun dapat juga. Hadiahnya ialah 2 loket emas Disney Baby. Patung Disney pun ada jugak.
Arissa dan Alara kedua-duanya excited (walaupun tak tahu apa-apa) dapat hadiah loket emas Disney Baby ini. Kitoarang mak ayah pun gembira jugak. Kata orang rezeki jangan ditolak. Hehehe.
Untuk makluman, Poh Kong adalah satu-satunya jenama yang diberi lesen untuk membawakan koleksi barang kemas berdasarkan karekter Disney seperti Mickey Mouse & Friends, Mickey Magic, Disney Baby, Disney Princess dan Winnie the Pooh. Kesemuanya comel-comel, cantik-cantik dan didatangkan dalam saduran emas kuning, emas putih dan juga dalam bentuk berlian. .
Jom Abang Nara kongsikan beberapa koleksi yang mencuri perhatian ini. Kalau hadiahkan kepada anak-anak memang terbaik sangat!!! Sebelum terlupa, setiap pembeli koleksi Disney ini akan didatangkan dengan patung Disney sebagai hadiah percuma.
Semua cantik-cantik dan cute-cute belaka kan? Mesti ada pembaca BeautifulNara yang teringin nak beli satu dua untuk dihadiahkan kepada permata hati tercinta kan? Jangan risau!!! Abang Nara nak kongsikan pertandingan “#PohKongFashionKids Instagram Contest†yang membolehkan anda memenangi voucher koleksi barang kemas Disney yang bernilai RM500. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga voucher yang bakal diberikan, tetapi ada 5 voucher untuk dimenangi.
Telah pun bermula dari 12 Oktober yang lalu, cara nak menyertai Instagram Photo Contest Poh Kong ini teramatlah mudah. Korang mesti banyak gambar anak-anak korang yang comel dan bergaya kan? Cuma perlu uploadkan gambar tersebut ke Instagram, tulis caption yang menarik dan jangan lupa hashtagkan #PohKongFashionKids. Paling penting, pastikan anda tidak terlepas untuk tag akaun Instagram Poh Kong iaitu @PohKongMy. Meh sini Abang Nara bagi contoh menggunakan gambar Arissa:-
Senang je kan? Gambar yang paling bergaya dengan caption yang paling awesome akan dipilih sebagai pemenang. Tips dari Abang Nara, caption tue bagi kelakar sikit. Tarikh tutup peraduan ialah pada 30 November 2015. Jadi anda masih ada banyak masa untuk mencuba. Mana tahu murah rezeki kan?
Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Abang Nara pun tengah mengushar 2,3 lagi gambar Arissa dan Alara untuk diupload. Hantar banyak-banyak pun tak apa. Biar Poh Kong yang pening pilih pemenang. Maklumat lanjut layari boleh layari www.pohkong.com.my, LIKE Facebook Poh Kong Jewellers dan juga Instagram @PohKongmy.