#AlAqsaMosque Trending Di Twitter, Dunia Sambut Kemenangan Rakyat Palestin

Dunia

#AlAqsaMosque Trending Di Twitter, Dunia Sambut Kemenangan Rakyat Palestin

Setelah pertempuran antara rejim Zionis dan pejuang Hamas berlaku selama 11 hari di Semenanjung Gaza bermula 10 Mei lalu, kedua-dua pihak telah mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat, jam 2 pagi waktu tempatan, lapor Harian Metro.

Sebagai langkah untuk menyambut kejayaan itu, hanya tembakan yang dapat didengari di Gaza dan kegembiraan rakyat Palestin berhubung keputusan yang diumumkan itu.

Advertisement

Usaha itu dilakukan selepas insiatif yang ditaja Mesir dan turut membabitkan kumpulan pejuang kedua paling berkuasa di Gaza, Islamic Jihad.

Pun begitu, seluruh dunia yang menyokong perjuangan Palestin berasa gembira atas kemenangan yang diterima kerana lebih 10 hari rakyat Palestin di Semenanjung Gaza perlu bertempur dengan rejim Zionis demi mempertahankan bumi Palestin.

Tidak lupa ucapan syukur dan tahniah daripada rakyat Malaysia atas kemenangan rakyat Palestin sehingga #AlAqsaMosque menjadi trending di Twitter.

 

Bukan itu sahaja, warganet juga turut memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada penduduk Palestin pada hari ini.

https://twitter.com/nhazwaniii/status/1395594479113891840

Walaupun Al-Aqsa masih belum bebas, mungkin dengan kejayaan kecil ini dapat memberi kegembiraan kepada penduduk Palestin yang terkesan.

Untuk pengetahuan, serangan yang berlaku di Semenanjung Gaza menyebabkan 232 rakyat Palestin maut termasuk 65 kanak-kanak, manakala 1,900 lain cedera. Bangunan yang menempatkan pejabat agensi media antarabangsa Al-Jazeera dan Associated Press turut musnah akibat serangan itu.

Serangan udara yang dilancarkan rejim Zionis turut menyebabkan satu-satunya makmal Covid-19 di Semenanjung Gaza tidak dapat beroperasi.

Di pihak Isreal pula, serangan roket yang dilancarkan oleh Hamas menyebabkan 12 orang maut termasuk dua kanak-kanak , seorang askarnya selain seorang rakyat India dan dua warga Thailand.

Semoga dengan kejayaan kecil ini dapat diraikan dengan penuh syukur dan tiada lagi serangan yang dilakukan.

Sumber : Twitter, Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...