Sebelum ini, seorang founder produk ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi mendedahkan di laman media sosialnya seorang pengasas produk yang juga merupakan penyanyi lari dari membayar hutang sebanyak RM150,000.
Terbaru, melalui video yang dimuat naik di TikTok, Iddin Syah atau mesra dipanggil Iddin kebetulan terserempak dengan kakak selebriti itu, lalu menuntut hutangnya serta-merta.
Bagaimanapun, dapat dilihat kakak selebriti itu juga ‘melarikan diri’ sambil berkata Iddin seperti ‘budak-budak’ kerana membuat kecoh di tempat umum.
Bahkan keadaan huru-hara itu dirakam secara siaran langsung juga oleh founder terbabit agar orang ramai dapat melihat wajah ‘puak’ selebriti wanita yang enggan membayar hutangnya tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan di mana keberadaan selebriti yang dikenali sebagai Che Ta itu hinggakan Iddin tidak dapat berjumpa dengannya.