Pelakon terkenal Zul Ariffin dilaporkan telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor kerana diserang tekanan darah tinggi pada petang semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan pengurus peribadi Zul, Afdal Shahizad di mana dia memaklumkan bahawa keadaan Zul kini berada dalam keadaan baik sedang berehat di rumahnya.
Zul kurang sihat dan dibawa ke hospital keranan mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi. Namun, keadannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah.
Menurut Afdal, pelakon filem Tombiruo itu telah berada di bawah pemantauan doktor selama empat jam bermula dari jam empat petang semalam.
Dalam pada itu, Zul juga ada mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan memuat naik foto memaparkan dirinya terbaring di atas katil hospital dan menulis kapsyen ringkas “Berehat sebentar..”.
Semoga cepat sembuh diucapkan buat Zul Ariffin!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.