Alami Sakit Pinggang Kronik Dan Sukar Berjalan, Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Suami

Hiburan

Alami Sakit Pinggang Kronik Dan Sukar Berjalan, Rebecca Nur Al Islam Kongsi Keadaan Suami

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam ada berkongsi mengenai perkembangan suaminya, Datuk Norazam yang tiba-tiba sahaja mengalami sakit pada bahagian pinggang sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk berjalan.

Rebecca Nur Al Islam
3 years ago

Cepat Penat Dan Tak Boleh Banyak Bercakap, Rebecca Syukur Suami Semakin Pulih

Advertisement

Menzahirkan rasa bimbang teramat sangat, Rebecca beranggapan bahawa kesakitan yang dialami suami adalah disebabkan jangkitan COVID-19 yang dihidapi sekitar bulan Julai yang lalu.

Untuk rekod, Datuk Norazam baru sahaja pulih daripada jangkitan wabak tersebut di mana dia berada di dalam tahap lima.

Dua hari lepas dah mula rasakan sesuatu pada pinggang tetapi tetap cuba kuatkan diri. Semalam macam susah nak berjalan pula dan terus bawa suami ke hospital sebab terlalu risau.

Jelas Rebecca lagi, dia juga tidak mengetahui apa punca suaminya itu tiba-tiba berkeadaan begitu dan hanya berserah kepada Allah S.W.T.

Difahamkan, Datuk Norazam telah diberikan ubat dan kini di bawah pemerhatian doktor untuk tempoh seminggu yang akan datang.

Rebecca juga dilihat menitipkan doa buat suaminya agar segera sembuh dan sentiasa dilindungi Allah.

Terdahulu, pelakon wanita itu memaklumkan bahawa seluruh ahli keluarganya termasuk tiga orang lagi pembantu rumah telah disahkan positif COVID-19.

Suami Rebecca juga telah dimasukkan ke sebuah Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta di Ibu Negara untuk mendapatkan bantuan oksigen berikutan keadaan kesihatan yang semakin buruk.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...