Alami Sakit Perut & Muntah-Muntah, Remaja 19 Tahun Maut Selepas Makan Shawarma Ayam

Dunia

Alami Sakit Perut & Muntah-Muntah, Remaja 19 Tahun Maut Selepas Makan Shawarma Ayam

Kejadian yang berlaku di New Delhi, India baru-baru ini telah mengejutkan penduduk tempatan apabila seorang remaja lelaki 19 tahun meninggal dunia selepas makan shawarma ayam.

Sakit perut, muntah-muntah

Remaja yang bernama Prathamesh Bhokse itu telah membeli shawarma tersebut di sebuah gerai di kawasan Trombay, kota Mumbai pada 3 Mei lalu.

Advertisement

Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh remaja terbabit selepas memakan shawarma tersebut adalah sakit perut dan muntah teruk.

sakit perut

Walaupun dibenarkan pulang selepas 3 hari duduk di hospital, keadaan Prathamesh semakin merosot dan disebabkan itu keluarga bawa kembali ke hospital.

Disahkan meninggal dunia

Disebabkan itu, doktor-doktor yang ada di hospital tersebut melakukan pemeriksaan secara terperinci tetapi mangsa meninggal dunia pada keesokan harinya.

shawarma

Susulan kematian remaja lelaki tersebut, pihak polis telah menahan dua orang peniaga di gerai terbabit kerana membahayakan nyawa orang lain dan menjual makanan tercemar.

safari park kanchanaburi
1 day ago

'Holiday' Bertukar Tragedi, Pelancong Msia Diserang & Dilenyek Zirafah Di Safari Park, Thailand - "10 Minit Terbaring Kesakitan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...