May 29th, 2020

Tidak dijangka apabila pelakon Almy Nadia mengalami pendarahan pada rahim yang berlaku dua hari sebelum menyambut lebaran.

Selepas mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan lanjut, pelakon wanita itu dikhabarkan mempunyai darah beku yang kelihatan seperti ulser pada rahimnya. Bahkan dari hari ke hari, ianya kian membesar.

 

View this post on Instagram

 

Tc sayang.. papa tggu luar ok,sekejap jer.. kami doa yg baik2 ok..

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial) on

Melihatkan Almy yang semakin lemah dan pucat dek kehilangan darah yang banyak, doktor membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dan mencuci rahim pelakon tersebut.

Walaupun belum dapat dipastikan punca pendarahan tersebut kerana pihak hospital masih lagi dalam pemeriksaan, Fizz Fairuz menjelaskan ia berkemungkinan terjadi kerana isterinya hamil 4 minggu.

“Tapi, kami masih tak dapat pastikan punca sebenarnya kerana kemungkinan darah beku itu terjadi akibat kehamilan atau ia hanya darah beku yang berada dalam kantung bayi.”

Percaya dengan rezeki Allah SWT, pasangan itu membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut bagi menyelamatkan nyawa Almy.

“Sebelum rahim itu dicuci, staf perubatan cakap dalam kantung itu dah kosong, sebelum ni ada kelihatan ketulan seperti kandungan.”

almy nadia dan fizz fairuz

Tebak lelaki itu, kemungkinan disebabkan sakit yang melampau menyebabkan kandungan dalam rahim itu keluar lantas Almy mengalami keguguran.

Harap pasangan ini tabah menghadapi ujian, semoga Almy Nadia sembuh sepenuhnya tak lama lagi.

Sumber: mStar Online


3 responses to “Almy Nadia Alami Pendarahan Pada Rahim, Kandungan Berusia 4 Minggu Terpaksa Digugurkan”

  1. Anonymous says:

    DIE NI ASYIK MENGANDUNG JE. BAHAYA UNTUK KESIHATAN. KENE CONTROL LA SIS OI. KESIAN BADAN. TAHU REZEKI TAPI KALAU SAMPAI MEMUDARATKAN KESIHATAN TAK BAGUS JUGA.

    • Anonymous says:

      Takpe sebab anak dia yg paling kecik dah lebih dari 2 tahun. Poor spacing yang bahaya

    • Anonymous says:

      Mmg jarak dekat Pon. B4 this dia dah gugur.. awal tahun aritu.. Ni mgndg plk.. kena jga2 la. Rahim masih lemah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...