Alami Pendarahan Dalam Kepala, Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Disyaki Didera Pengasuh

Kehidupan

Alami Pendarahan Dalam Kepala, Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Disyaki Didera Pengasuh

Lagi kes membabitkan kanak-kanak di rumah pengasuh.

Seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama dua hari di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat kecederaan dialaminya.

Advertisement

Menurut laporan, bayi berusia 11 bulan itu mengalami pendarahan dalam kepala dan luka di mulut disyaki akibat didera pengasuhnya di sebuah rumah di Mersing.

bahagian kaki bayi

Ahad lalu, bayi itu telah dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum kemudiannya dirujuk ke HSI akibat kecederaan parah namun  dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas menerima rawatan selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi berkata, pengasuh bayi berkenaan merupakan wanita berusia 60 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

“Saya & Isteri Akan Ambil Tindakan Semaksimumnya” - Bapa Bayi Lapan Bulan Maut Di Tangan Pengasuh Taska

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...