Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Alami Pedih Ulu Hati Sehingga Lemah, Scha Alyahya Dijangka Bersalin Bila-Bila Masa, Berdebar Menunggu Hari

Pelakon Scha Alyahya memaklumkan bahawa dia kini berdebar menunggu saat kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bila-bila masa sahaja.

Scha AlyahyaSumber : Instagram Scha Alyahya  

Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya turut berkongsi perjalanan kehamilan kali ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan saat mengandungkan Lara Alana.

Advertisement

Menurut Scha, dia mengalami pedih ulu hati dan reflux acid yang membuatkan dirinya berasa lemah dan tidak bermaya sehingga sekarang.

Tambahnya lagi, kehamilan terdahulu sangat mudah dan hanya trimester pertama sahaja agak mencabar jika dibandingkan yang dialaminya kini.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat. Kena beberapa kali pedih ulu hati dan reflux asid yang saya hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah hingga hari ini. Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama sahaja mencabar.”

Advertisement

Pelakon drama Isteri vs Tunang ini dilihat telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dia juga turut berkongsikan foto terbaru hasil fotografi yang menampakkan jelas figura ‘baby bump’.

Scha yang juga isteri kepada personaliti TV Awal Ashaari dalam pada itu sempat memohon doa daripada orang ramai agar urusan melahirkan permata hati mereka sekeluarga itu dipermudahkan dan memperoleh kesejahteraan.

Terdahulu, Scha dan Awal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 yang lalu. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

SUMBER : Instagram Scha Alyahya
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top