Alami Masalah Trim Luaran Longgar, Tesla Tarik Balik Model Cybertruck

Automotif

Alami Masalah Trim Luaran Longgar, Tesla Tarik Balik Model Cybertruck

Baru-baru ini, Harian Metro memaklumkan jenama kereta, Tesla telah menarik sebahagian besar model Cybertruck susulan mempunyai masalah trim luaran longgar.

tesla tarik balik cyberstruck

Advertisement

Difahamkan, komponen lebar di sekitar cermin hadapan serta bahagian atas pintu kenderaan tersebut dipasang dengan menggunakan pelekat, namun mempunyai risiko tertanggal.

Panel yang tertanggal boleh menjadi bahaya di jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan.

Namun begitu, pihak Tesla masih belum menerima sebarang laporan kemalangan ataupun kecederaan akibat kecacatan kenderaan tersebut.

tesla tarik balik cyberstruck

Susulan hampir kesemua Cybertruck berpotensi akan terjejas disebabkan kecacatan itu, penarikan itu juga telah mendedahkan angka pengeluaran dengan Tesla hampir 46,100 unit Cybertruck dari November 2023 hingga Februari 2024.

Langkah pembaikan kenderaan itu akan dilakukan dengan cara menggunakan skru untuk mengukuhkan trim.

Kereta tesla paling bahaya
3 months ago

Rekod Pemandu Maut Tinggi Punca Tesla Dinobat Kereta Paling Bahaya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...