Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Alami Masalah Radang Kulit Yang Serius, Aril Pilus Terpaksa Tidur Berdiri

Aril Pilus

Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Aril Pilus dikhabarkan kini mengalami sakit radang pada kulit yang agak serius sehingga memerlukan dia untuk tidur dan berehat dalam keadaan berdiri.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus,36, telah digegaskan ke sebuah pusat perubatan di ibu kota dan perlu diasingkan kerana bimbang akan menjangkiti pesakit dan orang awam.

Advertisement

Ujar Aril, dia sebenarnya mempunyai masalah kayap namun tidak aktif. Mungkin disebabkan oleh pemakanan yang tidak menentu ketika bulan Ramadan, ianya menjadi aktif namun tidak naik ruam di badan.

Dia yang pada mulanya berasa sakit otot sebelum melakukan sesi fisioterapi untuk regangan badan telah mengesan ruam mula timbul dan menjadi semakin teruk.

“Saya ke klinik dan diberitahu alahan biasa. Tapi, saya tak tahan dan terus pergi hospital jumpa pakar. Hasil pemeriksaan, doktor cakap ia kayap dan saya perlu diasingkan segera bagi mengelakkan jangkita pada orang lain. Memang sakit, sampai tak boleh tidur dan terpaksa tidur berdiri.”

Tambah bekas peserta program nyanyian Akademi Fantasia ini lagi, radang tersebut telah menjangkiti bahagian belakang pinggang hingga ke bahagian atas peha kanan, bahagian bawah perut dan di depan paha kanan.

Difahamkan juga, Aril perlu diasingkan seorang diri selama lima hingga tujuh hari untuk sembuh.

Aril dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar dirinya cepat sembuh dan dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta pada minggu hadapan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Suzanne

    May 7, 2021 at 9:14 am

    semoga Aril diberikan kesembuhan oleh Allah swt dengan segera…amin

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top