Penyanyi versatil, Datuk Nora Ariffin tampil menafikan dakwaan satu berita yang mengatakan dia kini berada dalam keadaan kritikal akibat masalah kesihatan.
Berita palsu yang tersebar di media massa itu kemudian dinafikan penyanyi itu dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mengarut dan melampau.
Dalam hantaran itu, suami Nora, Dr Rushdi dilihat memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan isterinya yang kini berada dalam keadaan kritikal.
Datuk Nora dalam Instagram Story turut memuat naik kenyataan penafian berkenaan berita itu.
Mengarut, tolong hentikan. Sudah banyak kali keluar iklan sebegini. Mengarut. Alhamdulillah, saya kini baik-baik sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.