Alami Masalah Jiwa Kacau, Hafreez Adam Akui Namanya Kini ‘Tenggelam Timbul’ Dalam Industri Seni

Hiburan

Alami Masalah Jiwa Kacau, Hafreez Adam Akui Namanya Kini ‘Tenggelam Timbul’ Dalam Industri Seni

Pelakon Hafreez Adam,30, mengakui namanya kini seolah tenggelam timbul dalam industri seni tempatan namun menafikan bahawa dia kini tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Azam Aizat Zahalan berkata bahawa sepanjang tahun ini, dia telah menyiapkan sebanyak tiga drama untuk penerbitan di stesen TV.

Advertisement

Dalam pada itu, Hafreez turut mendedahkan dia mempunyai masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melampau apabila berada di tempat awam. Menurutnya, dia lebih gemar berada di rumah jika tiada keperluan untuk berada di luar ataupun komitmen kerja.

View this post on Instagram

Selamat malam

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Sikapnya yang gemar berfikir membuatkan dia lebih resah jika berada di luar dan kini memilih untuk bersama keluarga di rumah. Tambahan, pengalaman melalui beberapa episod duka sebelum ini seperti penceraian ibu bapa turut membuatkan dia mengalami tekanan mental.

“Tawaran berlakon masih ada, namun memang sikap saya yang selesa memilih duduk di rumah jika tiada penggambaran. Apatah lagi, saya mengalami masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melampau. Bila di rumah saya rasa lebih selamat. Sekalin itu , saya juga kena sibukkan diri dengan bekerja supaya tidak ada masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Saya suka banyak fikir,”

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini, dia kini tidak mahu lagi hidup bersendirian dan jauh daripada ibunya serta adik beradiknya yang kini berada di Wangsa Maju.

View this post on Instagram

Who wants some? ? #BujangMasukDapur #AbeMasakToday

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Pengalaman terpisah selama tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu telah memberinya banyak pengalaman dan cabaran buat dirinya kerana seumur hidupnya dia tidak pernah berjauhan terlalu lama terutama dengan ibunya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...