Alami Kulit Kusam & Pigmentasi? Ketahui Punca Serta Cara Untuk Mengatasinya!

Branded

Alami Kulit Kusam & Pigmentasi? Ketahui Punca Serta Cara Untuk Mengatasinya!

“Kenapa pigmentasi aku makin gelap ni? Malunya!!”

Tahukah anda, masalah kulit wajah kusam dan pigmentasi merupakan antara masalah utama masyarakat Malaysia?

Masalah ini kerap dihadapi oleh kaum wanita kerana golongan ini mempunyai lapisan kulit yang lebih nipis berbanding lelaki. Namun begitu, ada juga faktor lain yang menjadi penyumbang kepada masalah ini seperti pemakanan, gaya hidup, cuaca, peningkatan usia, salah menggunakan produk kecantikan dan sebagainya.

Bila kulit wajah menjadi kusam atau berpigmentasi, individu mudah hilang keyakinan dan mengambil langkah menggunakan solekan tebal untuk menutup cela pada wajah.

Bagaimana wajah mendapat pigmentasi?

Radiance Up! Series

Sebelum mencari solusi kepada masalah wajah, anda perlulah mengetahui bagaimana ia terjadi.

Terdapat dua jenis parut yang boleh membawa kepada pigmentasi iaitu Post-inflammatory Hyperpigmentation (PIH) dan Post-inflammatory Erythema AKA Redness (PIE).

PIH mempunyai warna yang gelap seperti coklat pekat. Parut ini dikenali sebagai hyperpigmentation scar dan mengambil masa yang lama sehingga 4-6 bulan untuk pudar.

Proses pigmentasi ini terjadi akibat peningkatan pengeluaran melanin semasa proses penyembuhan radang atau jerawat.

Melanin berfungsi memberikan warna pada kulit dan apabila warna yang diberikan berlebihan, terjadi lah parut yang lebih gelap daripada tona asal kulit. Lagi teruk keradangan, semakin gelap parut PIH.

Berbeza dengan PIE parut ini berwarna kemerah-merahan atau jika kronik sedikit ia berwarna ungu gelap. Parut PIE ini juga mengambil masa 4-6 bulan untuk pudar.

Parut PIE terjadi akibat daripada  salur darah membengkak atau rosak disebabkan keradangan seperti jerawat. Biasanya ia lebih jelas kelihatan kepada mereka yang berkulit cerah.

Jadi anda dah jelas dengan penyebab pigmentasi kan? Haa.. Barulah kami boleh kongsikan cara untuk melawan kulit kusam dan mengatasi pigmentasi!

Ubah rutin & ucapkan selamat tinggal pada pigmentasi!

Dalam dunia ni tiada masalah yang tak boleh diselesaikan, kuncinya anda perlu berani dan konsisten. Begitu juga dengan masalah wajah!

Sampai bila nak rasa down sebab wajah tak kelihatan berseri? 

Perkara pertama yang anda perlu ubah ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Cipta rutin baru untuk bersenam, mengambil pemakanan seimbang dengan mengelakkan minuman manis dan melebihkan pengambilan air kosong. 

Kedua, semak kembali produk penjagaan wajah anda. Ini kerana ramai pengguna tertipu dengan produk ‘timbang kilo’ yang mengatakan produk mereka dapat membantu menghilangkan parut dan pigmentasi dalam waktu yang singkat.

Sebaliknya produk-produk seperti ini menggunakan bahan terlarang seperti merkuri yang memberikan kesan masa panjang yang membahayakan nyawa pengguna.

Jadi, produk apa yang selamat untuk mengatasi kulit kusam dan menghilangkan pigmentasi?

Y.O.U Radiance Up! Series, Terbukti Mencerahkan Wajah Dalam 2 Minggu*

Haaa.. Kali ni Beautifulnara nak kongsikan produk yang telah terbukti berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit wajah anda!

Memperkenalkan Y.O.U Radiance Up Series dengan SymWhite® 377 and Niacinamide, bahan aktif yang terbukti dapat mencerahkan kulit. 

Kalau anda nak tahu, SymWhite® 377 ialah ekstrak semula jadi dengan kandungan mujarab pelbagai fungsi daripada pokok pine. Ia adalah antioksidan kuat yang mempunyai manfaat dalam pencerahan kulit serta membantu memberikan tona kulit sekata. 

Radiance Up! Series

Psst.. Aktor terkenal Korea Selatan Kim Soo Hyun adalah duta untuk jenama ni tau!

Ketahui Manfaat SymWhite® 377

Mencerahkan Kulit – Lebih berkesan daripada bahan yang lain

SymWhite® 377 terbukti secara klinikal lebih berkesan mencerahkan kulit dan mengurangkan bintik hitam. Menurut kajian ke atas beberapa wanita Asia, menunjukkan SymWhite® 377 mampu menghalang pigmentasi kulit sehingga 32 kali lebih berkesan daripada arbutin dan 210 kali ganda berfungsi daripada asid kojic. Wow!

Melawan Hiperpigmentasi

Jika anda mempunyai bintik hitam atau pigmentasi, SymWhite® 377 adalah penyelesaian terbaik kerana ia mampu menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang membentuk melanin pada kulit. 

Melanin adalah pigmen yang memberi warna kepada rambut, mata dan kulit. Tetapi jika pengeluaran melanin berlebihan, ia boleh menyebabkan bintik-bintik gelap pada bahagian tertentu kulit. SymWhite® 377 juga 22 kali lebih berkesan daripada asid kojic dalam mencerahkan pigmentasi.

Lebih Berkesan Daripada Alpha Arbutin

SymWhite® 377 adalah 7,000 kali lebih berkesan daripada bahan lain seperti Beta Arbutin, Alpha Arbutin, dan Hydroquinone. Selain mencerahkan, SymWhite® 377 juga mempunyai sifat antioksidan yang lebih kuat daripada vitamin C dan E, justeru ia dapat melindungi kulit daripada radikal bebas.

Powerful Brightening System

Produk ini juga menggunakan Powerful Brightening System yang mengandungi Niacinamide (B3), Vitamin C, dan Ekstrak Likuoris. Kesemua bahan ini berfungsi secara sinergi dengan SymWhite® 377 untuk mencerahkan kulit dan membantu menghalang pengeluaran melanin.

Manakala Niacinamide (B3) membantu menghalang pemindahan melanin daripada dalam kulit.

Review Radiance Up! Series

Kandungan dalam produk Y.O.U Radiance Up! Series ni bukan sahaja meyakinkan malah terbukti berkesan tau!

Dalam kajian yang dilakukan oleh SGS selama 28 hari kepada wanita berumur 24-40 tahun yang mempunyai kulit kusam dan berpigmentasi, 86 peratus daripada mereka menyedari bahawa pigmentasi pada wajah telah berkurang sehingga 48.65 peratus. Wow!

90 peratus daripada mereka turut mengakui kulit mereka menjadi lebih cerah dan 96 peratus bersetuju pigmentasi pudar. Pada anda yang nak menggunakannya Y.O.U Radiance Up! Series terdiri daripada 3 produk utama iaitu Pure CICA Essence, Antioxidant Serum dan Deep Moisturizing Cream. 

Gunakan ketiga-tiga produk ni bersama untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Selepas mengetahui tentang produk ni, kami sebenarnya ada mencubanya sendiri. Ni kami kongsikan ‘journey’ kami menggunakan Radiance Up! Series

Langkah 1: Prep Up! | Ace Your Base – Pure Cica Essence 

Radiance Up! Series

Selepas mencuci dan mengeringkan wajah, kami gunakan Pure CICA Essence yang diperkaya dengan 89% Centella Asiatica Water, Sistem Pencerahan Berkuasa, dan Lactobionic Acid (PHA). 

Kami dapat rasakan kulit wajah tampak lebih tenang, cerah dan berseri. Dari segi tekstur dan konsistensinya pula, ia lebih ringan kerana essence ni seakan toner. Hasilnya, essence ini mengambil masa lebih pantas untuk menyerap dengan sempurna pada kulit wajah.

Langkah 2: Brighten Up! | Target Dull Skin – Antioxidant Serum

Radiance Up! Series

Gunakan Antioxidant Serum dirumus dengan Sistem Pencerahan Berkuasa, Ekstrak Camellia Korea, dan Carnosine untuk mengurangkan kekusaman kulit dan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh radikal bebas dan glikasi. 

Glikasi terjadi disebabkan oleh pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita dan ia boleh menjejaskan kualiti ulit dan  merosakkan kolagen yang dihasilkan dalam badan kita, ini juga punca kulit kendur dan kedutan.

Serum ni mengandungi fungsi anti-glikasi yang akan mengelakkan pengurangan kolagen dan elastin dalam badan kita. Sejujurnya kami amat sukakan tekstur serum ni, kerana ia tidak tebal dan apabila disapukan pada muka, ia tidak melekit dan mudah menyerap pula tu!

Langkah 3: Seal Up! | Lock In Moisture – Deep Moisturizing Cream

Radiance Up! Series

Akhir sekali, gunakan Deep Moisturizing Cream yang diperkaya dengan Ceramide 1-3-6, Sistem Pencerahan Berkuasa, dan Ekstrak Cendawan Salji untuk menguatkan pelindung kulit, membantu mencerahkan dan mengekalkan kelembapan wajah. 

Walaupun namanya krim, tapi teksturnya lebih kepada gel. Kami suka krim ni kerana cooling effectnya setelah disapukan pada wajah dan juga ia mempunyai bau yang menenangkan.

Y.O.U Radiance Up! produk kecantikan WAJIB dimiliki masa kini

Radiance Up! Series

Pada mulanya, kami tak meletakkan sebarang sasaran, tapi selepas menggunakannya, kami dapat lihat perubahan pada wajah yang nampak lebih berseri. Paling best, pigmentasi juga semakin berkurangan!

Kulit Berseri dan Glowing

Kami menggunakan produk ni selama 2 minggu, hasilnya kulit wajah jadi semakin cerah dan tona kulit pun lebih sekata. Tak salah jika kami katakan, wajah kami nampak lebih berseri dari sebelumnya.

Untuk hasil terbaik, teruskan penggunaan produk ini untuk melihat perbezaan yang lebih jelas.

Pigmentasi Pudar

Ini yang kami paling suka, saiz pigmentasi pada wajah jadi semakin kecil dan pudar. Kalau sebelum ni nak kena makeup tebal untuk cover pigmentasi. Sekarang tidak lagi!

Betullah orang cakap nak jadi cantik ni mudah yang penting kita perlulah konsisten dan bersabar untuk dapatkan hasil terbaik dan berkekalan

Menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan teknologi terkini, produk seperti inilah yang kita kena sokong. Macam ni barulah boleh ucapkan kulit kusam dan pigmentasi!

Tunggu apa lagi? Miliki Y.O.U Radiance Up! Series dari Y.O.U Beauty hari ini. Dapatkannya di Shopee, Lazada atau Watsons.

Jangan lupa juga untuk ikuti Y.O.U Beauty di Instagram, TikTok , Facebook dan YouTube.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tunnel rush

    October 27, 2022 at 12:10 pm

    Oh an interesting and useful video, the information you give has special interest and helps me to know a lot more information.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...