Alami Kecederaan Serius : Farid Kamil Mahu Saman Pihak Produksi Kerana Cuai Bab Keselamatan?

Hiburan

Alami Kecederaan Serius : Farid Kamil Mahu Saman Pihak Produksi Kerana Cuai Bab Keselamatan?

Kerjaya sebagai seorang pelakon itu bukanlah mudah seperti yang disangka, mereka bukan sahaja bekerja dala tempoh masa yang lama tetapi turut terdedah dengan keadaan sekeliling yang mungkin berbahaya.  Baru-baru ini pelakon Farid Kamil mengalami kecederaan yang serius sehingga hampir tidak boleh berjalan ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Farid terpaksa menanggung kesakitan itu selama beberapa hari lamanya.

Advertisement

Kaki saya sakit, lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik. Saya juga tidak boleh memakai seluar dan tidak boleh tidur malam selama beberapa hari kerana menahan sakit selepas kejadian itu minggu lalu. Nelydia pula mendapat gatal-gatal di separuh bahagian badannya.

Walaubagaimanapun, atas dasar profesional Farid tetap menghabiskan baki penggambaran. Namun, Farid merencana untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak produksi atas kecuaian mereka yang tidak menjaga keselamatan artis dan kru di lokasi.

Isu ini membabitkan soal hidup dan mati golongan artis seperti kami. Saya merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit nanti. Jika saya tidak mengambil tindakan tegas kecuaian ini boleh menimpa pelakon lain pula nanti.

Kesian juga dengan Farid yang terpaksa menahan sakit semata-mata kerana kecuaian pihak lain. Tidak kira apa pekerjaan sekalipun, aspek keselamatan harus diambil kira agar tidak timbul sebarang masalah.

Sumber Berita : Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...