Alami Jantung Dan Buah Pinggang Bengkak, Ebby Yus Dah Keluar Hospital, Perlu Jalani Rawatan Susulan

Hiburan

Alami Jantung Dan Buah Pinggang Bengkak, Ebby Yus Dah Keluar Hospital, Perlu Jalani Rawatan Susulan

Pelakon dan juga pelawak Ebby Yus dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu.

Ujar Ebby, keadaan kesihatannya semakin baik namun perlu menjalani rawatan susulan bagi penyakit buah pinggang dan jantung.

Advertisement

Difahamkan, jantung Ebby mula membengkak dan bacaan kreatinin buah pinggangnya juga naik sedikit.

Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk penyakit lain pula selepas ini.

Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengkak dan bacaan kreatinin buah pinggang pun naik.

Meskipun berkali-kali diuji dengan masalah kesihatan dan juga peribadi, Ebby walaubagaimanapun tetap bersikap positif dan menghargai rakan artis serta peminat yang mendoakannya.

Terdahulu, pelakon drama sitkom JKK Kampung Kalut itu telah kehilangan rumahnya yang masih dalam proses pembinaan kerana dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu.

Tragedi itu telah menyebabkan Ebby terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000.

Ebby Yus
11 bulan lalu

Mohon Doa Yang Terbaik, Paru-Paru Ebby Yus Mungkin Terpaksa Ditebuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...