Alami Gejala Demam, Selsema Dan Sakit Tekak, Azrel Ismail Tekad Buat Ujian Calitan COVID-19

Hiburan

Alami Gejala Demam, Selsema Dan Sakit Tekak, Azrel Ismail Tekad Buat Ujian Calitan COVID-19

Mengalami gejala seperti sakit tekak, selsema dan demam, pelakon Azrel Ismail nekad untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dalam memastikan sama ada dia dijangkiti wabak itu atau tidak, beberapa hari yang lalu.

Azrel difahamkan telah mengambil inisiatif sendiri apabila dia melakukan ujian calitan ataupun ‘swab test’ itu di rumah bersama dengan pakar perubatan yang diiktiraf.

Advertisement

Dimaklumkan juga, Azrel telah mendapat keputusan ujian dan mendapati dirinya negatif wabak merbahaya itu.

“Alhamdullilah, disahkan negatif. Sebenarnya aku dah demam 2-3 hari lepas dengan selesema, sakit tekak, batuk sikit (simptom-simptom COVID-19)..”

Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar menjalani ujian calitan seperti yang disarankan Kementeran Kesihatan Malayasia (KKM) memandangkan kes positif yang semakin tinggi.

Sebelum ini, terdapat beberapa selebriti telah melakukan ujian calitan COVID-19 seperti Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Elfira Loy dan Alif Satar. Ada di antaranya telah dilaporkan positif wabak itu dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Azrel Ismail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...