Penyampai radio Suria FM, DJ Lin dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana telah mengalami alahan serius sehingga menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram yang memaklumkan mengenai keadaan DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid,46, yang semakin teruk sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
View this post on Instagram
“Keadaan terkini DJ Lin dek penangan masalah alergik (alahan). Pagi ini teruk sebab makin banyak alahan yang keluar satu badan hingga saluran pernafasan mula sempit dan sukar bernafas. Doktor terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan (oksigen). Doakan DJ Lin.”
Sebelum ini, penyampai radio popular ini ada mengemaskini mengenai penyakitnya itu apabila dia memberitahu bahawa dia sudah mengambil ubat-ubatan seperti yang disarankan, namun masih belum pulih sepenuhnya.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga artis tampil mendoakan juruhebah radio yang terkenal dengan segmen Suria Cinta itu supaya kembali sihat agar dapat bersiaran seperti sedia kala.
Sekadar info, DJ Lin telah mengendalikan Suria Cinta sejak tahun 2006 yang tidak terlepas untuk menemui pendengar radio pada setiap hari Ahad hingga Jumaat dari pukul 8 malam hingga 1 pagi.
Semoga cepat sembuh diucapkan buat DJ Lin!