Alami Alahan, Emma Maembong Selesa Pakai Kain Pelikat Suami

Hiburan

Alami Alahan, Emma Maembong Selesa Pakai Kain Pelikat Suami

Dilihat tidak lokek berkongsikan momen indah sepanjang proses kehamilannya, pelakon Emma Maembong yang Mengumumkan dirinya sah hamil anak sulung beberapa minggu lalu, kini acap kali dilihat sering memuat naik foto romantis bersama suami.

Biarpun begitu, Emma dilihat berkongsikan gambarnya berkain pelekat bergambar di hadapan cermin bersama suami di laman Instagramnya.

Advertisement

emma maembong pakai kain pelekat

Menjengah ke ruangan kapsyen, Emma mendedahkan dirinya acap kali berdepan rasa mual di awal pagi, malah rasa malas juga sering menghantui dirinya.

Bagaimanpun, rata-rata pengikutnya di laman berkenaan dilihat tidak putus memuji Emma yang tetap cantik dan comel biarpun telah berbadan dua. Malah, wujud juga segelintir pihak yang meninggalkan komen-komen nakal mengusik pasangan itu yang melihatkan ruangan bilik tidur yang agak bersepah.

emma meembong kain pelekat

Namun begitu, foto tersebut dilihat telah dipadam oleh Emma di laman tersebut.

Terdahulu, Emma mendedahkan yang dirinya bakal menyambut kelahiran anak sulungnya itu sekitar November depan.

Emma yang dikhabarkan seronok bercuti ke Pulau Langkawi sebelum ini dilihat asyik berkongsi foto manis yang mempamerkan “baby bump” dirinya .

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...