Sekarang, semua telco di Malaysia berebut-rebut nak mempromosikan pakej plan talian tetap mereka bersama telefon pintar keluaran terbaru yang boleh dibeli dengan harga yang lebih murah.
Persaingan sangat sengit membuatkan mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian pengguna telefon pintar di Malaysia untuk menggunakan plan telco mereka.
Sudah tentu media sosial menjadi salah satu platform untuk mempromosikan plan tersebut. Jadi, baru-baru ini, salah satu syarikat telco popular di Malaysia, telah tersilap langkah apabila membuat satu posting yang tak sengaja sebenarnya turut mempromosikan rival mereka sendiri.
Celcom telah memuat naik satu posting tentang satu tips yang berguna untuk membantu para pengguna mereka tentang ciri terbaru, S.O.S iPhone.
Tetapi peliknya status itu telah dipadam!
Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak posting tak boleh nak buat apa lah. Walaupun status tersebut telah dipadam, tetapi masih ada yang sempat untuk screenshot dan semestinya menjadi viral!
Rupa-rupanya tanpa sengaja Celcom dengan berbaik hati telah membantu salah satu syarikat telco yang lain iaitu Umobile. Mana tidaknya, gambar yang mereka gunakan untuk status tersebut menunjukkan telefon pintar itu menggunakan line Umobile. Yang paling best coverage barnya hampir penuh dan agak baik.
Paling menarik bila Umobile sendiri mengambil kesempatan ini untuk memuat naik status di Facebook mereka dan ‘memerli’ tindakan Celcom. Status mereka yang bertulis ‘What can we say? Everyone loves U’ yang bermaksud, apa boleh kami katakan, semua orang sukakan U.
Seperti biasa netizan juga tak akan melepaskan peluang untuk memberi komen-komen yang mearik dan kreatif. Memang mudah terhibur.
Tak kurang juga ada pengguna Umobile yang tidak berpuas hati dengan coverage mereka dan mengharapkan untuk mereka memperbaiki coverage terlebih dahulu sebelum ‘membahan’ Celcom.
Apa-apa pun memang terhibur lah hujung minggu dengan status dan komen-komen macam ni.
Sumber: Mashable Asia