Setelah menerima kecaman hebat dari wargamaya berkenaan kenyataan yang dikatakan oleh pelakon popular Datuk Rosyam Nor di sebuah podcast, dirinya telah tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai.
Tak sangka jadi isu besar
Kata Rosyam, dia terkejut apabila perkara yang dibincangkan olehnya itu menjadi tular dan dikecam oleh netizen. Katanya, dia memohon maaf jika apa yang dikatakan itu terlihat kasar dan disalah anggap.
Alamak ai, kecoh betul satu dua ni pasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.
Apa-apa pun aku minta maaf dulu, sebab aku tak sangka benda ini akan jadi viral.
View this post on Instagram
Tonton video penuh
Tambahnya lagi, klip yang tular itu hanyalah sedutan promosi untuk podcast Hitam Putih yang disiarkan di YouTube. Oleh itu, aktor ini meminta agar orang ramai untuk menonton penuh video tersebut untuk memahami konteks isu berkenaan.
Aku rasa semua orang kalau ada masa pergi tengok keseluruhan video, apa yang dibincangkan.
Sekali lagi minta maaf atas kecelaruan yang berlaku.
Terdahulu, Rosyam Nor sempat terpalit dengan kontroversi di mana dirinya berkata bahawa pusat pelacuran itu merupakan sesuatu yang perlu di Malaysia.