(AL-FATIHAH)Pengarah Drama Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH)Pengarah Drama Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia

Drama Ariana Rose lakonan Keith Foo, Fathia Latif, Arja Lee dan Nabila Huda pada tahun 2013 pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Untuk makluman, pengarah yang menghidupkan drama ini iaitu Raja Ahmad Alauddin telah pun meninggal dunia hari ini. Mengikut laporan, pelakon Shukri Yahya mengetuk pintu kediaman Allahyarham yang terletak di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya namun tiada balasan sebelum mengambil tindakan menghubungi polis dan bomba untuk membantu memasuki rumahnya.

raja alauddin
Allahyarham pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Hati Bukan Kristal. Selain itu, Raja Ahmad Alauddin juga turut mengarahkan filem-filem berjudul Kayangan’, ‘Lurah Dendam’ dan ‘Qaisy dan Laila’. Drama-drama arahan Allahyarham seperti Fatihah Buatku, Curi-Curi Cinta Demi Cinta Ain dan Hanya Di Atas Kertas bukan sahaja mengusik perasaan penonton, malah meninggalkan banyak pengajaran buat mereka yang telah menontonnya.

Advertisement

raja alauddin

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Raja Ahmad Alauddin dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...