Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, dimaklumkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 11.53 pagi tadi.
Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Semalam keadaanya dilaporkan kritikal dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.
Doktor mengesahkan dia mengalami kecederaan otak (brain damage) berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Zohor.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
gulugulu
September 26, 2019 at 2:04 pm
takziah.. didoakan semoga dlm kalangan org beriman.. aku rse ni frez time aku komen bnd baik