Komposer dan juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin iaitu Johan Nawawi meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. Walaubagaimanapun, punca kematian Johan masih belum diketahui.
Khabarnya Allahyarham dimasukkan ke hospital malam semalam. Â Allahyarham sebenarnya mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, jantung dan gout.
Jenazah dimaklumkan akan dimandi dan dikafankan di masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya selepas solat Jumaaat.
Kami di BeautifulNara mengucapkan takziah buat Nora dan keluarga atas pemergian insan tercinta. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.