(AL-FATIHAH)Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH)Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seniman Mustapha Maarof yang telah pun meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, hari ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

mustapha maarof meninggal dunia

Advertisement

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini telah dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi masalah paru-paru dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

mustapha maarof meninggal dunia

Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar untuk industri seni kita. Al-Fatihah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...