Penonton setia rancangan Berita Dunia di TV1 pastinya mengenali salah seorang penyampai beritanya yang cukup popular dan antara lagenda dunia penyiaran iaitu Farit Ismeth Emir.
Berita menyedihkan hari ini apabila beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Kampung Melayu Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.
Farith yang berusia 66 tahun merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu sejak tahun 1990-an. Allahyarham memiliki tujuh orang cahaya mata dan salah seorang anaknya merupakan ahli muzik terkenal, DJ Fuzz.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Anonymous
April 21, 2020 at 12:02 pm
samalah ……seronok tengok penyampaian arwah bila membaca berita……al fateha
Anonymous
April 20, 2020 at 9:46 pm
Fikir2 kan
wafacw
April 20, 2020 at 4:55 pm
Innalillahiwainna..ilaihirajiunn… al-fatihah… Allahummaghfirlahu warhamhu..
Teringat masa sekolah menengah.. kut… Ayah saya selalu tukar ke siaran Dunia jam 10… seronok dengar dia cerita tentang berita dunia…