Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(AL-FATIHAH) Pemuzik Terkenal Lok U Meninggal Dunia, Sesak Nafas Selepas ‘Jogging’

Lok U meninggal dunia

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian komposer dan penerbit muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U yang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lok U meninggal dunia

Advertisement

Allahyarham yang berusia 47 tahun difahamkan mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Jenazah Allahyarham Lok U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

pemuzik terkenal Lok U meninggal dunia

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak lelaki Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial serta seorang anak perempuan Yasmin Dania.

Advertisement

Lok U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti dan hiburan di pelbagai stesen televisyen.

Faizal Uzir Lok U

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    January 22, 2020 at 5:42 pm

    Al Fatihah..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top