(AL-FATIHAH) Pelakon Zaibo Meninggal Dunia

Hiburan

(AL-FATIHAH) Pelakon Zaibo Meninggal Dunia

Bertarung untuk melawan sakit kanser esofagus tahap empat sejak bulan Ramadhan lalu, pelakon Zaibo telah meninggal dunia pada jam 1.30 tengah hari tadi  di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor. Berita pemergian beliau disahkan sendiri oleh isterinya Sit Hawa Sawal.

Advertisement

Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya

Zaibo hanya menyedari beliau menghidap kanser apabila kerap mengadu tidak boleh menelan makanan.  Difahamkan jenzah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Antara lakonan Zaibo yang paling diingati ialah ketika membintangi sitkom popular Spanar Jaya sekitar tahun 1999 sehingga 2005.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Zaibo dan semoga kekal tabah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...