July 6th, 2017

Pelakon veteran, Osman Zailani yang popular drama bersiri PJ Holdings pada era 1980-an telah menghembukan nafas terakhirnya pada jam 9.15 malam di Hospital Khoo Tech Puat (KTPH), Singapura pada hari Selasa lepas.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh cucunya iaitu penyanyi Singapura, Hardy Mirza menerusi akaun Facebooknya. Hardy bagaimanapun tidak menyebut punca kematian datuknya itu. Difahamkan, Allahyarham yang berusia 85 tahun dimasukkan ke hospital pada 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum menyambut Syawal selepas 18 hari terlantar sakit.

Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack pada tahun 1970-an. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sembawang, Singapura pada Rabu.

Osman Zailani (kanan) bersama cucunya Hardy Mirza

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Al Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...