Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(AL-FATIHAH)Pelakon Karim Latiff Meninggal Dunia

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada pelakon veteran, Karim Latiff yang telah pun meninggal dunia hari ini kira-kira jam 12.30 tengah hari. Allahyarham telah imasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak minggu lalu kerana sesak nafas dan kemudian dikesan menghidap kanser tahap empat. Seorang kenalan keluarganya berkata, Allahyarham dikenal pasti menghidap barah hanya selepas pemeriksaan susulan ketika dirawat di HKL, baru-baru ini.

karim latiff

Advertisement

Antara filem yang telah dibintangi oleh Allahyarham Karim Latiff ialah Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69 dan juga pernah membintangi filem Ahmad Albab bersama dengan Allahyarham P. Ramlee. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top