Setiap yang hidup, pasti akan pergi. Sama juga dengan pelakon dan penyanyi, Maya Matahari yang disahkan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini selepas menderita sakit kanser.
Berita sedih ini disahkan sendiri oleh penyanyi Haiza. Wanita itu menyampaikan bahawa dia sendiri masih lagi menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.
Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik.
Haiza menjelaskan bahawa dia mengetahui bahawa rakannya itu menghidapi kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza pada tahun 2018 lagi. Arwah juga dikhabarkan baru sahaja pulang daripada China bagi mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu.
Maya juga dikatakan tidak berkongsi banyak perkara mengenai penyakitnya itu, malahan Haiza sendiri ada bertemu dengan arwah semasa dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.