Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(AL-FATIHAH) Komposer Lagenda Irama Malaysia Pak Ngah Meninggal Dunia

Hari ini industri hiburan tempatan kehilangan sebutir lagi permata yang berbakat besar. Komposer lagenda yang juga pejuang lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain ataupun lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah meninggal dunia di Batam, Indonesia sekitar jam 3.05 petang tadi.

Advertisement

Difahamkan Allahyarham rebah secara tiba-tiba dan berita pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya sendiri. Komposer itu menghidap beberapa penyakit antaranya sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Keluarga Allahyarham kini dalam proses untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia bagi urusan pengebumian.

Antara lagu popular ciptaan Pak Ngah ialah Cindai, Ya Maulai, Balqis, Hati Kama dan Badarsila. jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Batam pada pagi Rabu dan dijangka akan dikebumikan di ibu negara pada petang hari yang sama.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Al Fatihah.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

Kredit Foto : Twitter Wany Hasrita

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. jejaka macho

    September 25, 2018 at 11:48 pm

    Semoga Allah mengampuni dan merahmati Pak Ngah dan menempatkannya di syurga.

    P/s: Badarsila bukan ciptaan Pak Ngah. Mohon penulis blog lebih teliti lain kali dan semak dulu maklumat kalau tak yakin.

  2. jejaka macho

    September 25, 2018 at 11:47 pm

    Semoga Allah mengampuni dan merahmati Pak Ngah dan menempatkannya di syurga.

    P/s: Badarsila bukan ciptaan Pak Ngah. Mohon penulis blog lebih teliti lain kali dan semak dulu maklumat kalau tak yakin.

  3. Alloya

    September 25, 2018 at 10:37 pm

    Innanillahiwainailaihirojiuun..
    Agar ditmptkn bersama org Islam yg beriman dan dicucuri rahmat Allah..Amin..

    P/s: sgt pelik n musykil lah asal pengiat seni atau artis bila turun ke Indonesia bila balik ke m’sia ramai yg dh terkorban..kebetulan ke apa …contoh dari dulu yg kita tau allahyarham Sudirman,allahyarham Johan Nawawi yg terbaru,malah dctdk tgh buat konsert musibah dtg on the sports datuk K kemalangan di New Zealand..kata org di sana byk org pendengki “santau” @ “santet” dh jadi mainan diaorg..hari2 sufian awk nk berhijrah kesana..Mohon fikir byk kali. hrmmmmm

    • Anonymous

      September 25, 2018 at 10:40 pm

      Nii lg dahsyat..tak sempat balik dh M’sia…

      Al Fatihah..

  4. Nini

    September 25, 2018 at 10:20 pm

    Innanillahiwainailaihirojiuun..
    Takziah buat keluarga almarhum moga tabah..moga rohnya dicucuri rahmatNya..Aamiin..
    Al Fatihah

  5. Anonymous

    September 25, 2018 at 9:11 pm

    AL.FATIHAH.
    Baru dgr kul 8.15 tadi.

Loading...
To Top